Kerajaan Thailand lanjut darurat Covid-19 sebulan lagi

Dekri darurat memberi kuasa kepada kepada kerajaan Thailand melaksanakan langkah pencegahan yang pantas, termasuk menangguhkan serta menyambung semula perniagaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. (Gambar AP)

BANGKOK: Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata kemungkinan darurat dilanjutkan untuk sebulan lagi dan kelonggaran sekatan pergerakan membabitkan aktiviti perniagaan fasa ke-5 dilaksanakan bertujuan membantu golongan miskin dan penganggur, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Beliau berkata, langkah khas dan mengenakan dekri eksekutif ke atas pentadbiran awam semasa darurat membantu mengawal penularan wabak, justeru kerajaan perlu melanjutkannya di bawah ketetapan itu.

Dekri darurat memberi kuasa kepada kepada kerajaan bagi melaksanakan langkah pencegahan yang pantas, termasuk menangguhkan serta menyambung semula perniagaan dan aktiviti lain.

Perdana menteri itu berkata, kerajaan tidak berniat menyalahgunakan keputusan berkenaan untuk mengehadkan hak rakyat, tetapi dilaksanakan ekoran kebimbangan terhadap penularan Covid-19.