Mangsa banjir di Sabah meningkat 1,210 orang
Antara lain 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Kota Belud dan 634 mangsa daripada 192 keluarga ditempatkan di 8 PPS di Tenom.
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat tengah hari ini apabila 1,210 mangsa daripada 375 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 12 tengah hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Kota Belud dan 634 mangsa daripada 192 keluarga ditempatkan di 8 PPS di Tenom.
“Selain itu, 62 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di 1 PPS di Papar, 19 mangsa daripada 5 keluarga ditempatkan di 1 PPS di Penampang dan 49 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di 1 PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Sebanyak 11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas.