Menarik… Universiti buat majlis konvokesyen guna konsep ‘pandu lalu’

Pelajar akan dibawa menaiki dengan pelbagai kenderaan ke hadapan rektor sebelum segulung ijazah diserahkan. (Gambar Twitter)

Memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda ketika ini, banyak majlis-majlis besar tergendala dan terpaksa ditangguhkan.

Bukan setakat majlis kahwin, konvokesyen pun turut sama terjejas.

Pihak universiti juga memahami perasaan pelajarnya jika tiada sebarang majlis konvokesyen dilakukan.

Sehubungan itu bagi menghargai pelajar yang telah berhempas pulas bertahun lamanya untuk menuntut ilmu, sebuah universiti di Indonesia tampil dengan kelainan dalam majlis konvokesyennya.

Memetik laporan ANTARA News, Universitas Sebelas Maret di kampusnya yang bertempat di Solo, Jawa Tengah mengadakan majlis graduasi menggunakan konsep “pandu lalu.”

Ia sebagai satu langkah mematuhi SOP penjarakan sosial ketika wabak Covid-19 masih lagi menular di republik itu.

Semua mahasiswa yang terlibat dalam majlis ini akan dibawa menaiki kenderaan seperti basikal, beca dan kereta elektrik sehingga ke hadapan rektor sebelum gulungan ijazah dihulurkan kepada mereka.

Namun bukan semua mahasiswa dapat menghadirinya, kerana hanya 15 pelajar yang berjaya graduasi dengan “distinction” saja diberi penghargaan sebegitu rupa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]