Gempar dengan penemuan keluang gergasi sebesar anjing di Filipina

Keluang gergasi ini ada sayap lebar, tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang saiz anjing, hanya makan buah terutama jambu dan tidak ganas. (Gambar Twitter)

Media sosial gempar apabila sekeping gambar keluang gergasi bersaiz badan manusia tular dan menjadi bualan warganet.

Perkongsian pertama gambar itu dipercayai daripada pengguna Twitter dari Filipina, @AlexJoestar622 yang memaklumkan haiwan itu spesies “giant golden crowned flying fox”.

Ramai memberikan maklum balas mereka tidak pernah tahu kewujudan mamalia itu.

Perkongsian itu meraih 105,200 retweet, 262,800 tanda suka dan lebih 6,000 komen.

Pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan keluang itu spesies dari Filipina.

“Haiwan jenis ini ada sayap lebar, tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang saiz anjing.

“Keluang ini hanya makan buah terutama jambu. Ia juga tidak ganas,” katanya memetik laporan portal Gulf News.

“Giant golden-crowned flying fox” juga dikenali sebagai “keluang golden-capped Fruit”, ia adalah spesies keluang gergasi yang berasal dari Filipina.

Haiwan berkenaan disifatkan sebagai spesies terancam akibat penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haram.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]