Mangsa banjir di pusat pemindahan di Sabah kekal 705
Sebanyak 102 keluarga berlindung di Kota Belud, 72 keluarga di Tenom, 20 keluarga di Papar, dan 26 keluarga di Beaufort.
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di 9 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah kekal 705 mangsa daripada 220 setakat 9 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Kota Belud dan 230 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di 3 PPS di Tenom.
“Selain itu, 59 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di 1 PPS di Papar dan 93 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di 1 PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu.
Semua mangsa banjir di 1 PPS di Penampang dibenarkan pulang ekoran banjir di kawasan berkenaan semakin pulih.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Sebanyak 11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah masih terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas, namun keadaan semakin pulih.