Minum hand sanitizer akibatkan 3 maut, seorang buta

Dalam norma kehidupan baru ekoran Covid-19, semua orang digalakkan untuk mengamalkan pemakaian topeng, hand sanitizer dan penjarakan sosial.

Namun apa yang berlaku di New Mexico sesuatu yang memeranjatkan apabila 3 individu dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecacatan penglihatan kekal selepas minum hand sanitizer.

Menurut laporan CNN berdasarkan kenyataan seorang pegawai kesihatan, kes kematian ini dikaitkan dengan keracunan metanol.

Menurut Jabatan Kesihatan negeri, 3 lagi individu yang dipercayai turut minum hand sanitizer kini berada dalam keadaan kritikal.

Insiden tersebut dianggap berkaitan dengan alkoholisme.

Kes ini kemudiannya dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu.

“Kesemua individu yang dipercayai meminum hand sanitizer mengandungi metanol,” menurut Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan.

Segelintir individu menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol untuk khayal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]