SPRM tahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Sumber berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah petang tadi.

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Sumber berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah petang tadi.

Pegawai SPRM kemudiannya menyerbu rumahnya.

Lelaki terbabit sebelum ini memegang jawatan kanan di sebuah badan berkanun Pulau Pinang.

Sumber berkata, SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan berpangkalan di Pulau Pinang.

FMT masih menunggu pengesahan SPRM berhubung penahanan itu.