Leicester kembali dikenakan ‘lockdown’ selepas kes Covid-19 meningkat

Peningkatan kes di Leicester menyaksikan kedai-kedai atau perniagaan yang dikategorikan sebagai bukan perkhidmatan penting ditutup semula. (Gambar AP)

Beberapa negara mula mencatatkan peningkatan kes Covid-19 semula selepas dilaporkan bebas.

Antaranya Leicester yang menjadi bandar pertama di Britain yang kembali dikenakan perintah berkurung berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Dengan perintah tersebut, ia menyaksikan kedai-kedai atau perniagaan yang dikategorikan sebagai bukan perkhidmatan penting ditutup semula.

Langkah penutupan itu juga dikuatkuasakan untuk kawasan luar bandar, seperti Oadby, Birstall dan Glenfield.

Bagaimanapun sekolah tetap akan dibuka untuk anak-anak pekerja dalam perkhidmatan penting.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan perjalanan kecuali untuk urusan penting, dan menggalakkan mereka untuk tinggal di rumah sehingga satu tempoh yang akan diputuskan kelak.

Sementara itu pub, restoran, hotel dan perkhidmatan dandanan rambut di Leicester juga tidak dibenarkan beroperasi.

Setakat ini lebih 43,500 orang dilaporkan maut akibat Covid-19 di Britain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]