Wow… Ubat antiviral Remdesivir untuk rawat pesakit Covid-19 lebih RM10,000

Sebotol kecil antiviral Remdesivir berharga RM1669.20 dan bagi seorang pesakit kena pakai 6 botol. (Gambar AFP)

Beberapa laporan media sebelum ini ada menyatakan sejenis ubat antiviral Remdesivir dihasilkan khusus untuk merawat pesakit Covid-19.

Difahamkan ubat tersebut berkesan melawan virus Covid-19 dan ia digunakan secara meluas di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun persoalannya benarkah kos ubat ini sehingga belasan ribu ringgit untuk seorang pesakit?

Menurut laporan CNN sebotol kecil antiviral Remdesivir berharga RM1669.20 dan bagi seorang pesakit kena pakai 6 botol.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gilead Sciences, Daniel O’Day selaku syarikat yang membuat Remdesivir tersebut menjelaskan setiap pesakit akan dikenakan caj sebanyak RM 10,150.20 iaitu harga selepas diskaun.

Sementara harga normal untuk syarikat perubatan swasta di AS pula adalah RM2,225.60 untuk setiap botol.

Jadi, untuk merawat setiap pesakit selama 5 hari bermakna perlu menggunakan 6 botol kecil iaitu kira-kira RM13,353.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]