Tidak bertanggungjawab… Resort buang sisa kumbahan ke laut

Resort di pantai terkenal Acapulco, Mexico membuang sisa kumbahan terus masuk ke dalam laut buatkan netizen marah.

Sejak dunia diserang pandemik Covid-19, bumi dilaporkan hampir pulih daripada pencemaran udara, air, dan alam sekitar tapi sayang, sikap menjaga alam sekitar ini hanya sementara.

Berdasarkan perkongsian di Instagram dilaporkan sebuah resort di pantai terkenal Acapulco, Mexico membuang sisa kumbahan terus masuk ke dalam laut.

Menerusi Instagram Savethereef, mereka berkongsi video ini di media sosial.

Video ini diambil oleh seseorang yang berada di tempat tinggi seperti di balkoni sebuah hotel malah bukan itu sahaja, netizen yang melihat komen ini turut rasa geram dengan tindakan resort tersebut.

Menerusi CNA, pihak berkuasa sudah membuat siasatan dan mendapati, kejadian ini berlaku disebabkan saluran yang membawa sisa kumbahan itu pecah.

Ketika media menemubual saksi, ada yang mengatakan air tersebut mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Bagaimanapun, pegawai di negara tersebut menyatakan yang mereka akan membuat pembersihan pada laut yang tercemar itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]