Disebabkan tugasnya sebagai jururawat salun batal temujanjinya

Seorang jururawat tidak dapat potong rambut apabila salun membatalkan temu janjinya gara-gara wanita itu bekerja di barisan hadapan.

Seorang jururawat terpaksa menyimpan hasratnya untuk memotong rambut apabila temu janjinya dengan sebuah salun dibatalkan pada saat akhir.

Ini kerana premis tersebut tidak mahu menanggung risiko kerana wanita itu bekerja di hospital.

Tindakan salun itu mendapat kecaman kerana disifatkan sebagai satu tindakan berat sebelah terhadap petugas barisan hadapan.

Menurut laporan DublinLive, ibu wanita itu, Mairie berkata, anak perempuannya amat kesal dengan pembatalan tersebut pada saat akhir.

Jelasnya, frontliner lain mungkin tidak menyedari kemungkinan mereka tidak dapat memotong rambut sekiranya masih dilanda pandemik Covid-19.

“Dia membuat janji temu untuk berjumpa dengan pendandan rambut minggu lalu.

“Dia gembira mendapat janji temu untuk hari ini kerana mendapat cuti selepas bekerja selama beberapa malam.

“Mereka hubungi dia petang semalam dan tanya beberapa soalan.

“Bila mereka tanya ‘adakah kamu mempunyai kontak dengan sesiapa menghidap Covid-19’, dia kata tidak,” katanya.

Bagaimanapun, selepas berbincang dengan beberapa rakan, dia menghubungi semula salun tersebut dan memaklumkannya dia merupakan jururawat dan bertugas di jabatan kecemasan.

Mereka kemudian memaklumkannya mengenai temu janjinya dibatalkan.

“Dia cuba memberitahu bahawa tiada sebarang kes yang positif sejak kebelakangan ini, tetapi akan memakai topeng muka dan sarung tangan.

“Kakitangan itu bagaimanapun memberitahu bahawa mereka perlu mengikut polisi dan terpaksa membatalkannya,” kata Mairie.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]