Gigi Hadid sahkan sedang mengandung 4 bulan

Gigi dilaporkan hamil anak pertama bersama pasangannya yang juga penyanyi Zayn Malik dan kandungannya kini cecah 4 bulan. (Gambar Instagram)

Model terkenal Gigi Hadid akhirnya mengakui dia kini sedang hamil dan kandungannya sudah mencecah 4 bulan.

Memetik laporan Hollywoodlife, Gigi mendedahkan perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui rahsia dia menyorokkan baby bump menerusi IG Live baru-baru ini.

“Kandungan saya kini sudah mencecah 4 bulan dan perut saya pun semakin membesar. Tapi posisi saya duduk dengan memakai baju besar membuatkan baby bump saya tidak kelihatan,” katanya.

Sekitar April lalu, Gigi dilaporkan hamil anak pertama bersama pasangannya yang juga penyanyi Zayn Malik namun mereka hanya mengunci mulut mengenai perkara itu.

Sepanjang tempoh perintah berkurung (lockdown) akibat wabak Covid-19, Zayn tinggal bersama Gigi Hadid dan keluarganya di Pennsylvania.

Pasangan itu dilaporkan kembali bercinta selepas mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin, manakala Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]