Selepas lahirkan anak kembar, ibu muda meninggal dunia akibat Covid-19

Ketika melahirkan kembar kedua berlaku komplikasi kecil menyebabkan Larissa alami pertumpahan darah kemudian meninggal dunia kerana gagal diselamatkan. (Gambar Facebook)

Seorang ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar disebabkan Covid-19.

Larissa Blanco disahkan positif Covid-19 pada 12 Jun lalu dan suaminya, Diego Rodrigues memberitahu isterinya menunjukkan gejala seperti selesema beberapa hari sebelumnya.

Wanita berusia 24 tahun itu kemudiannya dibawa ke hospital 2 minggu selepas keadaannya bertambah buruk, sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di bandar Botucatu di Sao Paulo, Brazil.

Pada 27 Jun, Larissa melahirkan pasangan kembar, Guilherme dan Gustavo.

“Saya berada di bilik pembedahan dan mereka mengeluarkan bayi pertama.

“Nampak wajah gembiranya dan saya sangat beremosi kerana itulah impiannya,” katanya suaminya.

Menurut Diego anak keduanya dilahirkan selepas berlaku satu komplikasi kecil.

Dia kemudian dimaklumkan isterinya mengalami banyak pendarahan dan memerlukan pemindahan darah.

Bagaimanapun, Larissa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]