Tip putihkan kembali baju sekolah hanya dengan gunakan sabun biasa!

Hanya dengan menggunakan sabun jenis A1 sudah pasti putih semula baju sekolah anak.

Kurang 2 minggu lagi kebanyakan anak akan kembali bersekolah selepas lebih 3 bulan bercuti akibat pandemik Covid-19.

Sudah pasti semua ibu sudah mula sibuk memastikan baju sekolah anak tersedia.

Bila lama tersimpan, biasalah baju sekolah yang putih akan nampak kedam dan kuning.

Memang tak sedap mata memandang tapi takkan nak beli baru semua.

Jadi penyelesaiannya boleh cuci ikut cara yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Zakiah Hassan.

Caranya tak susah cuma guna sabun jenis A1 confirm putih semula baju sekolah anak.

Bahan-bahannya:

  • Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau
  • sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin) atau
  • sabun Kilat (ada di NSK)

Cara-caranya:

  1. Masuk baju sekolah ke dalam mesin basuh.
  2. Bubuh sabun basuh biasa.
  3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
  4. Masukkan air.
  5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
  6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau pada bahagian yang nampak berdaki/ ada kotoran Lepas tu masukkan baju sekolah dalam mesin.
  7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan sehingga selesai. Tak perlu sental langsung tapi hasilnya baju kembali putih.
  8. Sidailah baju putih macam biasa.

Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan anda kerana ia ternyata akan putih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]