5 jangkitan baru Covid-19, 11 pulih
Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.
Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia merekodkan 8,668 kes Covid-19 dengan 8,476 daripadanya disahkan sembuh setakat hari ini.
Ketika ini, 71 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.
Noor Hisham berkata, daripada 5 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Ingin dimaklumkan daripada 5 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.
Katanya, 2 kes penularan tempatan melibatkan seorang bukan warganegara.
“Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes bukan warganegara, iaitu saringan dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan di Selangor, 1 kes melibatkan warganegara Malaysia, iaitu saringan kontak rapat kepada kes positif.
“Kes baru ini merupakan ahli keluarga,” katanya.
Beliau juga berkata, jumlah kes yang dirawat terus mencatatkan penurunan.
Ambil iktibar daripada negara luar
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan semula wabak Covid-19 di negara lain selepas kerajaan negara terbabit melonggarkan sekatan pergerakan rakyatnya.
Katanya, selepas kerajaan negara berkenaan melonggarkan sekatan mereka dan rakyatnya tidak mematuhi SOP bagi mengawal penularan Covid-19, kes jangkitan wabak itu kembali dicatatkan.
“Kita perlu mengambil iktibar daripada situasi di Victoria, Australia yang membuat pengumuman untuk menutup 55 laluan masuk di sempadan negeri itu dengan New South Wales (NSW) selepas kes Covid-19 kembali meningkat di sana.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Ini susulan virus itu kembali menular di beberapa bandar utama dan antara faktornya ialah pelanggaran SOP oleh penduduk yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin,” katanya.