6 punca jika masih rasa penat meskipun sudah cukup tidur

Tidur yang mencukupi tidak semestinya dapat berikan rehat yang sepenuhnya. (Gambar Rawpixel)

Semua tahu tidur boleh membantu menghilangkan kepenatan dan pada masa yang sama merehatkan minda anda.

Dengan tidur juga, anda boleh mendapatkan tenaga mencukupi untuk hari esok.

Namun tidak dinafikan, masih ada yang merasa penat meskipun sudah mendapat tidur mencukupi.

Ada juga yang masih lagi merasa penat walaupun sudah cuti lama.

Kenapa ia boleh berlaku?

Menurut Public Health Malaysia, masalah penat yang melampau meskipun sudah cukup tidur dan rehat ini boleh berpunca daripada beberapa sebab utama seperti:

  1. Anaemia – kurang darah: boleh berlaku disebabkan kurang zat besi, ulsert perut, kanser, period.
  2. Apnea tidur – salur pernafasan mengecut dan mengganggu tidur, menyebabkan dengkur kuat.
  3. Hypothyroid – hormon thyroid yang rendah.
  4. Anxiety – kerisauan, bimbang.
  5. Depression – kemurungan yang berpanjangan.
  6. Diabetes – gejala biasa diabetes seperti lemah, cepat haus, lapar dan juga kerap kencing.

Jika masalah kepenatan ini berpanjangan, segera dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar di klinik atau hospital berdekatan anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]