Rumah hantu ‘drive thru’ pertama di dunia kini dibuka di Jepun

Demi amalan penjarakan sosial, Jepun buka rumah hantu berkonsepkan ‘drive thru’.

Pandemik virus Covid-19 membuat banyak industri pelancongan berjuang dengan tampil pelbagai idea semata-mata untuk bertahan.

Salah satunya seperti yang dilakukan oleh syarikat reka bentuk rumah berhantu di Jepun, Kowagarasetai.

Dilaporkan dari Mashable Se Asia, Kowagarasetai merancang rumah berhantu menggunakan konsep “drive-thru” agar pengunjung terhindar dari virus Covid-19.

Dilaporkan reka bentuk rumah berhantu drive-thru ini adalah yang pertama di dunia.

Sesuai dengan temanya, para pengunjung dapat menikmati ketakutan bertemu dengan pelbagai hantu di dalam kereta masing-masing.

Pengunjung boleh menggunakan kereta persendirian atau kereta sewa yang disediakan di lokasi.

Pengunjung yang menggunakan kereta persendirian akan dikenakan bayaran RM319.

Sementara itu, jika anda menggunakan kereta sewa, bayaran tambahan sebanyak RM40 akan dikenakan.

“Di dalam kereta, para tamu dapat berteriak sekuatnya yang mereka mahukan, ketika makhluk yang mengerikan datang mengelilingi mereka.

“Bahkan format baru mungkin lebih menakutkan daripada rumah berhantu biasa,” kata produser Kenta Iwana, seperti dilaporkan Gulftoday.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]