Shabudin Yahaya timbalan menteri di JPM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Parlimen dan undang-undang, kata Pejabat Perdana Menteri.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang dilantik menjadi timbalan menteri kerja raya, susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan, Agong memperkenankan pelantikan Shabudin sebagai timbalan menteri persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.