Ujian rambang Covid-19 ke atas rakyat Malaysia kunjungi Sarawak

Sarawak disaster management chairman Douglas Uggah Embas at a press conference in Kota Kinabalu today.

KUCHING: Sarawak membenarkan perkhidmatan spa, pusat kesihatan dan refleksologi mula beroperasi hari ini, sekali gus memaklumkan bahawa rakyat Malaysia dan penduduk asing yang memasuki negeri itu akan dikenakan saringan rambang Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Douglas Uggah Embas berkata, prosedur untuk pelancongan kesihatan, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, pesta jualan kembara dan perdagangan, pasar, bazar dan karnival seni telah digariskan.

Ujian rambang Covid-19 akan dijalankan ke atas semua rakyat Malaysia yang memasuki Sarawak dari semenanjung, Sabah dan Labuan. Ia juga terpakai ke atas orang asing yang tinggal di negara ini.

Ketibaan dari luar negara mesti menjalani kuarantin 14 hari di destinasi ahkir mereka di Sarawak.

“Ujian PCR akan diadakan selepas 2 hari ketibaan mereka, “ katanya.

“Jika ujian negatif Covid-19, mereka akan diberikan gelang tangan dan dibenarkan pulang ke rumah, sekali gus menyudahkan baki tempoh kuarantin mereka di situ.”

Ujian PCR berikutnya akan dijalankan pada hari ke-10 ketibaan mereka.

Uggah juga berkata, 1 kes Covid-19 dilaporkan di Bintulu membabitkan seorang pelajar perempuan yang pulang dari United Kingdom pada 3 Julai dan kini menjalani perintah kuarantin.

Beliau berkata, 3 pesakit didiscaj dari Hospital Bintulu hari ini, menjadikan jumlah pesakit pulih virus itu seramai 549 kes.

Angka kematian akibat Covid-19 di Sarawak kekal 17 orang.