Umur 6 tahun bukan penghalang kumpul lebih RM3,000 untuk disumbangkan kepada keperluan Covid-19

Hanya dengan jual lukisan kanak-kanak 6 Tahun berjaya kumpul lebih RM3,000 disumbangkan ke dana Covid-19. (Gambar Twitter)

Satu dunia sedang bergelut melawan dan memutuskan penularan pandemik Covid-19.

Selain menimbulkan panik dalam kalangan manusia ekoran penularannya yang cepat, virus ini juga menjadi punca ekonomi merundum.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membantu mereka yang terpaksa berdepan dengan kesusahan sama ada hilang pekerjaan atau hilang punca pendapatan ekoran tidak dapat berniaga.

Namun di sebalik kesusahan ini, sebenarnya ada juga mereka yang prihatin dan cuba membantu apa yang mampu dalam berdepan dengan situasi ini, cuma nama mereka tidak diwar-warkan.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari India menyumbangkan dana pada badan NGO untuk membantu golongan yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Hindustan Times, kanak-kanak tersebut bernama Kavir Mody yang duduk di Breach Candy, India boleh dikatakan suka membantu orang dari segi wang dengan penjualan hasil seninya.

Niat baik dia turut disokong oleh ibunya Urvashi, malah penduduk di kawasan itu turut memberi dorongan.

Dan apa yang membanggakan, sehingga kini kanak-kanak itu sudah menyumbangkan duit lebih daripada RM3,000 pada satu badan bukan kerajaan iaitu Shiramad Rajchandra Love and Care (SRLC).

Difahamkan kumpulan ini akan menyediakan bekalan dan peralatan berkaitan dengan Covid-19 kepada hospital-hospital berdekatan.

Menurut laporan, mula melukis sejak perintah berkurung dikuatkuasakan 3 bulan lalu.

Ideanya tercetus untuk melukis bila dia cuba pada sebuah kanvas.

“Pada mulanya saya risau tiada siapa akan beli lukisan saya, sebab saya kanak-kanak.

“Bila gambar saya mula masuk katalog, ramai orang mula membuat pesanan lukisan,” kata Urvashi

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]