Selepas Covid-19, kini wabak Bubonik mampu membunuh dalam 24 jam jika tidak dirawat

2 kes jangkitan wabak Bubonik dikesan di sebuah bandar di Mongolia selepas makan haiwan marmot iaitu sejenis tikus. (Gambar Facebook)

Belum lagi reda dengan pandemik Covid-19, terdapat kes terbaru melibatkan jangkitan wabak Bubonik yang dilaporkan di China.

2 kes jangkitan wabak Bubonik dikesan di sebuah bandar di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia.

Kes terbaru yang dilaporkan ini mendorong kerajaan untuk mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana ianya berpotensi untuk merebak di dalam bandar berkenaan.

Kedua-dua pesakit itu disahkan dijangkiti wabak Bubonik selepas menikmati haiwan marmot iaitu sejenis tikus.

Pesakit yang merupakan adik beradik berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di 2 hospital.

Malah seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Pada awal bulan lalu, media tempatan Xianhua pernah melaporkan terdapat 2 pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.

Pegawai turut mengeluarkan amaran tahap 3 yang kedua terendah dalam sistem 4 peringkat.

Wabak Bubonik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria boleh mematikan tetapi dapat diatasi dengan antibiotik yang tersedia.

Melalui peringatan tahap 3 yang dikeluarkan, ia melarang sebarang pemburuan dan orang ramai daripada makan haiwan yang boleh membawa wabak dan meminta orang ramai melaporkan kes yang disyaki.

Kes wabak Bubonik dilaporkan secara berkala di seluruh dunia di mana Madagascar menyaksikan lebih daripada 300 kes semasa wabak pada tahun 2017.

Pada Mei tahun lalu, 2 orang di Mongolia meninggal akibat wabak ini setelah memakan daging mentah marmot.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Ulaanbaatar, ibu kota Mongolia memberitahu daging marmut mentah dan buah pinggangnya dianggap sebagai ubat kepada rakyat untuk kesihatan yang baik.

Wabak bubonik dilaporkan berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesis tikus termasuk marmot.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]