Jual sanitizer buatkan pasangan untung RM160 juta hanya dalam masa 3 bulan

Dengan menggunakan campuran 80% cecair Ethanol, hand sanitizer pasangan ini bukan sahaja berkualiti tinggi malah sesuai digunakan oleh pusat kesihatan.

Banyak orang hilang punca pendapatan apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

Namun bagi pasangan suami isteri ini ia merupakan “durian runtuh” kerana berjaya meraih RM160 juta hanya dengan menjual hand sanitizer.

Keuntungan berlipat kali ganda buat pasangan Andrew dan Rachel Montague tidak sampai 3 bulan ternyata mencuri perhatian masyarakat dunia.

Mereka yang menubuhkan syarikat ClearWater Hygiene yang beribu pejabat di Edinburgh, Scotland memberi fokus utama menghasilkan hand sanitizer bermutu tinggi sesuai untuk petugas barisan hadapan dan orang ramai.

Menurut Daily Mail dengan menggunakan campuran 80% cecair Ethanol, hand sanitizer mereka bukan sahaja berkualiti tinggi malah sesuai digunakan oleh pusat kesihatan.

Tambah pasangan ini, faktor lain yang menyebabkan jualan mereka stabil dan kukuh disebabkan pelanggan mereka sendiri.

“Yang paling penting produk kami dibuat di UK, dihasilkan di Scotland, dibotol di England dan dibuat di Britain.

“Dan ini sangat menguatkan antara kami dengan pelanggan yang sangat berminat untuk membeli jenama British yang berkualiti berbanding import.”

Pengeluaran mereka begitu konsisten apabila berjaya menghasilkan hampir 900,000 liter cecair sanitasi setiap minggu dengan tenaga kerja seramai 12 orang pekerja full time dan 8 pekerja berstatus kontrak di seluruh United Kingdom.

Malah yang paling meyakinkan apabila produk mereka turut digunakan petugas perubatan di National Health Service (NHS), selain beberapa syarikat terkemuka dan syarikat milik kerajaan UK seperti Post Office, JD PLC, 02 Retail, BP dan Aldi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]