Pawagam ‘patuh syariah’ pertama di Terengganu asing tempat duduk lelaki, wanita

LFS Kuala Terengganu beroperasi di PB Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu.

Siapa yang tidak suka menonton wayang? Dengar sahaja perkataan wayang, sudah pasti sama ada ahli keluarga atau pasangan tidak sabar menontonnya bersama.

Ia juga merupakan aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga, pasangan dan juga rakan-rakan apabila berkunjung ke pusat membeli-belah.

Terbaru, Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu.

Untuk pengetahuan, pawagam ini melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram dan juga keluarga sejak beberapa hari lalu.

Malah, peraturan tersebut dikenakan terhadap semua pelanggan termasuk pengunjung bukan Islam.

Menurut Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali, pihaknya menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baru itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

Difahamkan, pelaksanaan peraturan itu dikuatkuasakan mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan menetapkan tiket hanya boleh dibeli dengan “walk-in” di kaunter sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]