Pilih pakaian jangan syok sendiri, ini 7 tip mesti tahu

Kenali tubuh badan sendiri untuk pilih pakaian yang tepat.

Asal tengok koleksi pakaian terbaru di pasaran, hati meronta-ronta ingin mendapatkannya.

Sudah pasti dalam fikiran sudah terbayang foto ‘OOTD’ yang bakal dikongsi di akaun Instagram akan mendapat “like”yang banyak.

Cop! Fikir lagi sekali. Anda pasti koleksi baju terbaru itu sesuai dengan bentuk badan anda?

Kalau bentuk badan persis supermodel mungkin apa sahaja pakaian yang disarungkan kelihatan mempesona.

Jika sebaliknya, kena ambil tahu potongan pakaian yang ideal dengan diri sendiri.

Anda harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan.

Ini kerana setiap helai pakaian yang disarung, memberikan impak berlainan.

Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat dapat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan kelihatan sempurna pada pandangan mata.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan.

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit.

Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

  1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
  2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan terbaik.
  3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
  4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

7 Tip berpakaian mesti tahu:

  1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
  2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi atau “turtle neck”, sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
  3. Tidak ada kata “maaf” untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam tidak kelihatan. Selain itu boleh beli seluar dalam yang bersifat “seamless”.
  4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
  5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosakkan penampilan.
  6. Sandal sebenarnya tidak sesuai dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
  7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju berkolar tinggi. Jika anda berleher pendek, pakailah rantai atau kalung yang mampu memberi ilusi cantik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]