Vintaj, antik serta koleksi barangan kemas kerabat Diraja kini tumpuan penggemar ‘preloved’

Koleksi barangan kemas di sini adalah eksklusif dan tidak boleh didapati di tempat lain.

Cantik dan antik. Gabungan dua perkataan yang diambil untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang terdapat di kedai emas yang kini menjadi dambaan sesetengah orang.

Kedai emas Chantique, satu-satunya cetusan idea Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Meer Habib apabila mendapati barangan kemas lama dan antik masih mendapat permintaan tinggi.

Terletak di Ampang Point, Chantique menjadi tumpuan pengumpul koleksi barangan kemas antik dan “preloved”.

Rekaan barangan kemas klasik ini sebenarnya bukan hanya sesuai digayakan oleh golongan wanita berusia tetapi juga generasi muda.

Antara rekaan yang boleh didapati di sini.

Rekaan yang dahulunya popular kini mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada si pemakainya dan sangat sesuai dijadikan hadiah warisan kepada generasi seterusnya.

Satu fakta yang anda mesti tahu, Chantique menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding harga emas semasa tetapi pada yang sama masih mementingkan kualitinya.

Tambahan pula, proses pembuatan barangan kemas Chantique menggunakan mesin yang sudah tidak lagi diguna pakai dalam pembuatan barangan kemas moden.

Jika anda merupakan penggemar barangan kemas dengan rekaan lama, Chantique adalah jawapannya.

Ini bermakna rekaan yang ditampilkan tidak akan boleh didapati di mana-mana kedai barangan kemas yang lain kecuali di Chantique kerana setiap rekaan hanya ada seunit.

Satu lagi kelainannya ialah terdapat beberapa koleksi yang pernah dimiliki dan digayakan oleh kerabat Diraja dan orang kenamaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]