Kes baru Covid-19 meningkat, Melbourne ‘lockdown’ kali kedua selama 6 minggu

Polis adakan sekatan jalan raya di pinggir bandar Melbourne, Australia selepas kes positif Covid-19 meningkat dan arahan ‘lockdown’ berkuatkuasa semula untuk 6 minggu. (Gambar AP)

Peningkatan mendadak kes baru Covid-19 menyebabkan Melbourne dikenakan perintah berkurung kali kedua.

Arahan itu membuatkan 5 juta penduduknya dilarang untuk keluar rumah selama 6 minggu, kecuali jika mempunyai urusan penting.

Sempadan antara Victoria, yang merupakan ibu negara Melbourne dengan negara jiran ditutup pada Selasa.

“Seluruh negara tahu bahawa pengorbanan yang anda lalui sekarang bukan hanya untuk anda dan keluarga anda sendiri, tetapi untuk rakyat Australia seluruhnya,” kata Perdana Menteri, Scott Morrison semasa sidang media.

Morrison juga berkata dia bakal mengusulkan langkah-langkah pencegahan untuk menangguhkan kepulangan rakyatnya dari luar negara.

Terdahulu Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengumumkan perintah berkurung di Melbourne setelah wilayah itu merekodkan 191 jangkitan baru, jumlah harian tertinggi sejak wabak itu bermula.

Australia sehingga kini mencatatkan hampir 9,000 kes Covid-19 dan 106 kematian akibat virus tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]