Polis panggil saksi dari Al-Jazeera esok

Pada Jumaat, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ di program 101 East yang menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil saksi dari Al-Jazeera untuk hadir memberi keterangan selepas didakwa membuat laporan bahawa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.

Mereka akan dipanggil pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Bukit Aman esok jam 10 pagi.

FMT dimaklumkan berhubung perkembangan itu berikutan laporan siasatan kes tersebut.

Sebelum ini polis berkata, Al Jazeera akan dipanggil untuk disoal siasatan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya berikutan laporan media itu seselum ini.

Sebelum itu, Jabatan Imigresen menamakan individu yang dikehendaki sebagai Md Rayhan Kabir, 25.

Jabatan itu juga memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Pada Jumaat, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” di program 101 East.

Video 25 minit itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.