Media sebenarnya barisan hadapan KKM

Dr Noor Azmi menghargai media yang selama ini bertungkus lumus menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

Kerajaan menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini Covid-19 kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata media sebenarnya barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai situasi sebenar wabak itu di negara ini.

Menurut beliau, dengan penyampaian rakan-rakan media di negara ini yang menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia dalam mengawal pandemik Covid-19.

“Saya dan KKM ingin ucapkan setinggi tahniah atas usaha kuat kesungguhan kesabaran rakan media dalam menjalani tugas. Kalau media penting, anda rakan media sangat penting buat kami.

“Anda berjuang menceritakan berita, pelbagai dugaan kena anda lalui tapi berita yang sampai itu cepat dan tepat dan hari ini dunia telah memuji kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di Kuala Lumpur.

Ketika berucap Dr Noor Azmi berterima kasih kepada media sehingga Malaysia terkenal seluruh dunia atas keberkesanan melawan Covid-19.

Dalam pada itu, Noor Azmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai memberitahu pihaknya bersyukur kerana Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar Covid-19 dengan 3 kes baru dilaporkan dan hanya kes import membabitkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara dicatatkan.

Menurut beliau, kluster berkenaan mula dikesan pada 11 Mac lalu dan sudah menjangkiti seramai 3,375 individu yang menyertai perhimpunan berkenaan termasuk ahli keluarga mereka.

“Ini usaha kita kalau kita usaha sebaik mungkin kita pasti akan dapat menangani Covid-19 di negara ini dan kita berharap kejayaan ini akan kekal,”katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]