‘Dinosaur Train’, siri animasi dari China cipta rekod 500 juta tontonan di platform IPTV China

Siri animasi ‘Dinosaur Train’ pecah rekod apabila menjadi siri animasi kanak-kanak yang mendapat ‘rating’ tertinggi dalam masa kurang dari 6 bulan.

“Dinosaur Train”, siri animasi kanak-kanak popular di China dan mendapat pencalonan Daytime Emmy Award 2016 ini meraihkan pencapaian luar biasa apabila mendapat 500 juta tontonan di China sahaja dalam tempoh 6 bulan.

Animasi yang diterbitkan secara bersama oleh Sparky Animation dan The Jim Henson Company ini mula ditayangkan pada November 2019 menerusi beberapa platform digital IPTV di China, iaitu “CIBN Cool Meow Film and Television”, “Tian Mao Magic Box”, “Youku, Toutiao, Watermelon Video” dan “Wasu Fresh Time”.

Lebih membanggakan, siri animasi ini turut memecahkan rekod apabila menjadi siri animasi kanak-kanak yang mendapat “rating” tertinggi pada kebanyakan platform dalam tempoh singkat, iaitu dalam masa kurang dari 6 bulan.

Secara keseluruhan, “Dinosaur Train” mempunyai 200 episod dengan durasi 11 minit bagi setiap episod.

Sebanyak 132 episod sudah ditayangkan dan 64 episod lagi akan dilancarkan pada musim akan datang.

Untuk rekod, “Dinosaur Train” sudah bersiaran selama 10 tahun dan memasuki musim kelimanya di Amerika Syarikat.

Sejak tayangan sulungnya pada September 2009 di saluran PBS Kids, di Amerika Syarikat, siri ini sentiasa disenaraikan sebagai salah satu rancangan pra-sekolah yang utama di PBS Kids.

Dinosaur Train juga ditayangkan di lebih 175 negara di seluruh dunia bersama rakan-rakan kongsi penyiaran utama.

EmoFront ialah wakil sah untuk pengedaran program dan pelesenan produk pengguna “Dinosaur Train” untuk Sparky Animation Pte. Ltd.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]