Selepas wayang dalam kereta jadi popular kini Paris perkenalkan wayang atas bot

38 bot elektrik akan ditempatkan dimana setiap bot boleh memuatkan sehingga 6 orang dan pembukaan pertamanya dijangka dilakukan pada 18 Julai ini di sepanjang sungai Seine.

Trend menonton wayang dan filem kegemaran dari dalam kereta kini semakin diterima ramai termasuk di Malaysia yang bakal membuka “drive in cinema”.

Trend ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di luar negara, namun akibat daripada pandemik Covid-19, menonton wayang dari dalam kereta semakin menjadi pilihan ramai dek kerana adanya penjarakan sosial antara penonton disitu.

Terbaru, ibu kota Paris akan memperkenalkan wayang atas air, dimana penonton boleh menonton filem kegemaran dari atas bot masing-masing.

Dikenali sebagai “Le Cinéma sur lÉau” atau wayang atas air, pembukaan pertamanya dijangka dilakukan pada 18 Julai ini di sepanjang sungai Seine.

Bakal memuatkan 38 bot elektrik dimana setiap bot boleh memuatkan sehingga 6 orang, penonton disana akan dipersembahkan dengan filem Le Grand Bain, iaitu sebuah filem komedi Perancis.

Tak cukup dengan itu, penonton yang berada diatas daratan juga boleh menonton filem yang sama menerusi pentas yang disediakan.

Inisiatif ini secara tidak langsung dijangka berjaya mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada orang ramai yang ingin menonton wayang di pawagam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]