Anda silap! ‘Fat Burner’ bukan untuk bakar lemak

Pembakar lemak bukan untuk bakar lemak, tetapi ia meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan.

“Tiada produk yang boleh menjaminkan atau boleh kuruskan anda dengan begitu sahaja. Tiada rahsia kurus. Kalau ada, semua orang dah kurus”, ulas Perunding Kesihatan terkenal, Kevin Zahri dalam satu entri di blog peribadinya.

Jelas Kevin, ramai individu salah sangka dengan fungsi sebenar “fat burner” atau pembakar lemak sehingga sanggup berhabisan sehingga ribuan ringgit semata-mata hendak kurus.

Jelas Kevin, fungsi pembakar lemak bukanlah membakar lemak tetapi meningkatkan pembakaran kalori seharian anda tingkatkan metabolisma.

Sebagai contoh teori:

Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000 kcal sehari.

Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100 kcal sehari.

Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, berat badan boleh dikurangkan dengan lebih cepat.

Jadi, janganlah mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang mendakwa kononnya anda boleh kurus sekiranya mengambil pembakar lemak semata-mata.

Diet dan senaman yang tepat juga diperlukan untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Selain itu, perlu diingatkan pengambilan pembakar lemak memberi kesan sampingan kepada tubuh badan anda.

Kesan sampingan ini sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan.

Mengapa? Sebab untuk membakar kalori berlebihan, kadar denyutan jantung akan meningkat.

Selain itu, anda juga akan berhadapan dengan masalah keresahan, imsomia, cepat marah, stres dan cemas.

Fakta mesti tahu!

  1. Boleh ambil pembakar lemak sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.
  2. Jangan ambil pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]