Cara mudah dan cepat benihkan kunyit, halia hanya dengan tisu lembap

Potong dalam bentuk kentang dan balut dalam tisu lembap untuk cepatkan tumbuhnya tunas.

Antara tanaman yang biasa kita tanam di rumah selain serai, daun pandan dan cili adalah daun kunyit dan halia.

Tapi masalahnya selalu tak menjadi.

Jika berdepan masalah sama boleh cuba cara yang dikongsi oleh pengguna Facebook Nor Robiah Abdrahman ini.

Cara mudah benihkan pokok kunyit dan halia

Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya.

Selepas ada tunas barah ia ditanam di dalam pasu.

Tapi ini cara yang dilihat berkesan.

1. Beli kunyit hidup di kedai.

2. Potong kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.

3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup.

Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.

4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.

5. Apabila potongan sudah ada tunas (biasanya 1-2 minggu), boleh ditanam di atas tanah atau pasu.

6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. Sudah pasti, dia akan membesar dengan jayanya.

Selamat mencuba.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]