87 ahli Parlimen 60 tahun ke atas berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR: Seramai 87 daripada 222 ahli Parlimen berusia 60 tahun ke atas dan termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Dewan Rakyat yang bersidang semula hari ini dijalankan dengan ahli Parlimen perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), dengan speaker ketika itu, Ariff Yusof mengumumkan aturan tempat duduk baru bagi mengelakkan penularan pandemik dalam kalangan wakil rakyat.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,718 kes jangkitan dengan 122 kematian.

Dalam aturan baru itu, 174 ahli Parlimen ditempatkan dalam dewan dengan jarak 1m. Ahli Parlimen kerajaan serta wakil rakyat bebas ditempatkan di galeri awam. Sebahagian wakil rakyat pembangkang ditempatkan di galeri pegawai.

Ariff memberi jaminan ahli Parlimen boleh menggunakan mikrofon yang disediakan, atau ke tempat dikhaskan untuk bertanya soalan, atau berbahas.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) meminta Ariff memasang mikrofon sementara supaya ahli Parlimen yang duduk di galeri awam dan pegawai boleh didengari.

Bung Moktar Radin (PN-Kinabatangan) bersetuju, mengatakan ahli Parlimen di galeri awam mungkin tersadung dan terjatuh ketika menuju ke mikrofon.

Ariff berkata, Parlimen berusaha melaksanakan norma baru untuk membendung penularan Covid-19.