Johnny Depp nekad bercerai selepas bekas isteri berak atas katil

Isteri Johnny Depp, Amber Heard dilaporkan membuang najis atas katil dan ia menjadi punca kemuncak konflik rumah tangga mereka. (Gambar AP)

Bintang Hollywood Johnny Depp mendedahkan tindakan bekas isterinya, Amber Heard membuang najis atas katil menjadi kemuncak konflik rumah tangga mereka.

Kemelut rumah tangga mereka sehingga kini belum selesai dan masih dibicarakan di mahkamah.

Pelakon Pirates of the Carribean itu sebelum ini dituduh menjadi kaki pukul dan mendera bekas isteri namun dia menafikan hal itu dan berkata sebaliknya Heard yang menderanya selama tempoh perkahwinan itu.

Terbaru, Depp mendedahkan tindakan Heard membuang air besar di atas katil mereka merupakan kemuncak konflik rumah tangga yang dibina pada 2015 hingga 2017 itu, lapor Reuters.

Katanya, ketika itulah dia nekad untuk berpisah dengan Heard meskipun kemudian berkata ianya hanya “prank”.

Aktor berusia 57 tahun itu berkata sedemikian ketika perbicaraan kes samannya terhadap akhbar tabloid The Sun kerana melabelnya sebagai “wife beater” (kaki pukul isteri) dalam satu artikel yang diterbitkan pada April 2018.

Menerusi artikel itu, Depp dilabel sebagai seorang yang ganas dan suka memukul isteri namun tegasnya, sepanjang berkahwin dia tidak pernah mengasari bekas isterinya.

Sebaliknya, Heard itu yang sering berkelakuan kasar, manipulatif dan selalu memberi provokasi kepadanya sepanjang 2 tahun mereka berkahwin.

Depp mendakwa Heard pernah menumbuk mukanya beberapa kali selain turut mencederakan tangannya dengan membaling botol arak ke arahnya.

Perbicaraan itu dijangka akan berjalan selama 3 minggu dan antara saksi di pihak Depp ialah bekas kekasihnya, Vanessa Paradis dan Winona Ryder yang dijadualkan bakal memberi keterangan menerusi rakaman video.

Terdahulu, kedua-dua bekas teman wanitanya itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa sepanjang mereka berpacaran dengan Depp, dia tidak pernah naik tangan mahu pun bertindak kasar terhadap mereka seperti yang dituduh Heard.

Untuk rekod, Depp dan Heard disatukan pada 3 Februari 2015 dan disahkan bercerai hampir 2 tahun kemudian, iaitu pada 13 Januari 2017.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]