Tip beli rumah di waktu ekonomi tidak berapa stabil

Jika hendak beli rumah disaat ekonomi sedang melalui proses pemulihan ekoran Covid-19 perlu pertimbangkan banyak perkara.

Dalam keadaan ekonomi sekarang mungkin ramai yang tak berani membuat keputusan membeli rumah atau hartanah.

Tapi ada juga yang tekad untuk membeli kerana keperluan.

Bagi anda yang terpaksa membeli rumah ketika ini sebaiknya lakukan perkara seperti yang disarankan pengguna Facebook, Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah.

Bila ekonomi perlahan dan kita tetap perlu beli rumah juga. Lakukan ini.

  1. Manfaatkan kadar rendah yang bank sedang berikan ini.
  2. Jangan beli kediaman yang tak siap lagi. Ada banyak kediaman berlebihan hari ini. Takut rumah kita terbengkalai nanti
  3. Melawat dan lihat kawasan perumahan tersebut, jika dapat 2 waktu berbeza. Siang atau malam.
  4. Lihat orentasi matahari kediaman kita nak beli. Matahari petang sebaiknya jangan ada di bilik utama, ruang tamu atau dapur kita. Panasnya luar biasa.
  5. Pertimbangkan rekabentuk yang kurang mengunakan kaca. Semakin banyak kaca, makin tinggi kesan rumah haba.
  6. Cari kediaman yang bumbungnya lebar, agar bumbung boleh lindungi badan bangunan dari haba atau hujan berleluasa.
  7. Elakkan beli dekat kawasan kumbahan atau loji IWK.
  8. Lihat persekitaran, apakah di situ ada ladang ayam atau ladang khinzir. Ada satu projek mega dekat dengan ladang ayam. Dari pagi sampai malam lalat boleh penuh satu talam.
  9. Belajar baca lokasi pelan, apa pembangunan akan datang dekat rumah kita. Adakalanya sekolah jadi punca jam keluar masuk rumah taman kita.
  10. Jangan mudah percaya apa janji ejen pada kita. “Kita bagi kipas, lampu dan table top percuma”. Semua itu harus ada dalam SNP baru boleh percaya.
  11. Belajar negosasi diskaun lain dari pemaju, jangan mudah kagum jika dapat aircond percuma. Itu semua dah termasuk harga.
  12. Bahagikan harga kediaman dengan keluasan lantai. Kita akan dapat harga RM psf. Bandingkan dengan projek bersebelahan jika rumah kita beli RM250psf berbanding RM450psf projek lainnya.
  13. Jangan gelojoh nak beli rumah, lihat satu dah berkenan. Lihat dulu 10 rumah baru buat keputusan.
  14. Ketahui hak anda sebagai pembeli, jangan cepat redha jika kualiti buruk dapat nanti. Hutang kita 30 tahun menanti. Kita bukan beli rumah setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]