‘Add on’ coverage perlu diketahui bila renew insurans kenderaan

Ketahui jenis-jenis perlindungan yang ada dan insuran tambahan yang perlu diambil bergantung pada risiko mungkin terjadi pada kenderaan. (Gambar Facebook)

Setiap tahun bila nak memperbaharui cukai jalan dan insuran harganya berbeza sama ada murah atau mahal bergantung pada jenis “coverage” yang diambil.

Penting untuk semua orang mengetahui jenis-jenis perlindungan yang ada dan pertimbangkan insuran tambahan yang perlu diambil bergantung pada risiko yang mungkin terjadi pada kenderaan kita.

Ini antara sebahagian jenis-jenis “add on coverage” yang dikongsikan oleh pengguan Facebook, Abdullah Zawawi Shuhaimi sebagai rujukan.

Antara contoh additional coverage yang perlu kita tahu;

1. Windscreen

Windscreen atau cover cermin sangat penting untuk menyelamatkan NCD.

Selalunya kalau cermin depan pecah akibat kena batu masa kat highway ia akan makan kos dalam RM500 untuk Axia, RM1000 untuk Exora, RM2000 untuk Mazda dan seterusnya.

Jika kita ambil tambahan coverage ini bila kita buat claim cermin, NCD masih lagi selamat dan masih dapat harga murah bila nak renew insuran nanti.

2. Additional Named Driver

Jika berlaku kemalangan dan pemandu ketika itu tidak didaftarkan kena cas RM400.

Jadi sebaiknya bile renew pastikan orang yang selalu bawa kereta tu contoh wife, adik beradik, atau parents kita register nama mereka sebagai “additional permitted driver”.

Nak lagi mudah pastikan cover “all driver”.

3. Towing

Tahukah anda ada company yang ada limit untuk jarak towing kereta.

Ada yang hanya 50km ada yang 150km ada yang 200km dan jarak ni dikira pergi dan balik bukan sehala.

Ada towing untuk breakdown dan towing untuk kemalangan.

Sebaiknya cuba ambik yang unlimited towing terutamanya kalau anda yang kerja travel pusing seluruh Malaysia.

4. CART

Pernah dengar tak jika kereta kita masuk bengkel kita boleh nak claim RM50 atau RM100 sehari selama 7 hari, 14 hari atau sebulan.

Yang ini ada hanya kalau ambil add on ini sahaja, kalau tak pernah ambil sebab nak murah jangan mengharap la nak pergi claim duit tu.

5. Special Perils

Jika berlaku sebarang bencana alam, seperti secara tiba-tiba kereta kena hempap dahan pokok atau kereta tenggelam banjir, ia tidak mendapat perlindungan oleh insuran kecuali kita ambil add on special perils ini.

6. Selain itu banyak lagi yang boleh ditambah dalam perlindungan insurans seperti key replacement, car accessories cover, personal accident, cover rusuhan, coverage nak masuk Thailand.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]