Adam Levine beri penghormatan terakhir kepada isteri John Travolta, Kelly Preston

Mendiang Kelly Preston pernah membintangi ‘music video’ She Will Be Loved diberi penghormatan terakhir daripada penyanyi Maroon 5, Adam Levine.

Sebagai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang aktres Kelly Preston, 57, yang pernah membintangi video muzik She Will Be Loved, vokalis kumpulan muzik terkenal antarabangsa Maroon 5, Adam Levine berkongsi foto daripada video tersebut menerusi laman Instagram.

Di dalam video tersebut, Kelly membawa watak sebagai kekasih gelap Adam yang juga merupakan teman lelaki kepada anak perempuannya.

“Ciuman pura-pura pertama saya… kami akan merindui awak, Kelly. Awak sentiasa ada tempat di hati saya,” tulis Adam di Instagramnya.

She Will Be Loved yang dilancarkan pada 2004 merupakan antara lagu ikonik grup itu.

Video muzik lagu tersebut sudah mencecah 552 juta tontonan sejak ia dimuat naik di YouTube pada 2009.

Sebelum ini, aktor Hollywood John Travolta mengumumkan isterinya, Kelly Preston meninggal dunia selepas hampir dua tahun bertarung kanser payudara.

Berita itu dikongsi oleh John menerusi laman Instagram.

“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, kelly telah pergi selepas dua tahun berjuang dengan kanser payudara.

“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai,” tulis John pada kapsyen.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]