Pengantin perempuan maut di majlis perkahwinan disebabkan pencuci mulut

Hajat untuk kekal bahagia ke akhir hayat hingga ke anak cucu musnah sama sekali apabila pengantin perempuan rebah sebelum meninggal dunia di majlis perkahwinan mewah di sebuah istana di Rusia.

Menurut laporan Daily Star, kematian pengantin disebabkan mengalami kejutan anafilaksis yang disyaki berpunca daripada alahan kacang.

Alexandra Erokhova, 25, mengalami tindak balas yang melampau selepas menikmati pencuci mulut pada majlis perkahwinannya.

Para tetamu yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu pengantin yang dilihat seolah sesak nafas.

Mereka turut menghubungi ambulans yang dikejarkan ke lokasi kejadian di Moscow.

Bagaimanapun pasukan penyelamat yang tiba tidak lama kemudian tidak dapat menyelamatkan pengantin perempuan itu.

Doktor memaklumkan dia mengalami “kejutan anafilaksis” yang dipercayai disebabkan oleh alahan kacang.

Menurut keluarganya, Alexandra mengalami alahan kacang sejak kecil dan saudara-mara sudah memaklumkan perkara itu kepada chef yang bertugas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]