Laporan bedah siasat mengesahkan Naya Rivera tak bunuh diri!

(Gambar Instagram)

Hasil bedah siasat terhadap mayat bintang Glee, Naya Rivera yang ditemui terapung di Tasik Piru, California mendapati selebriti itu tenggelam secara tidak sengaja.

Hasil laporan Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura menunjukkan Naya meninggal disebabkan lemas dan tiada sebarang unsur bunuh diri atau jenayah lain.

Selain itu, bedah siasat turut mendapati tiada sebarang pengaruh ubat atau alkohol pada mayat.

“Keputusan bedah siasat konsisten menunjukkan lemas dan keadaan mayat juga konsisten dengan masa dia tenggelam.

“Tiada kecederaan trauma atau proses penyakit diidentifikasikan pada autopsi.

“Tidak ada petunjuk daripada siasatan atau pemeriksaan bahawa terdapat dadah atau alkohol,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Naya, 33, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Josey Hollis Dorsey, 4, dijumpai bersendirian di atas sebuah bot yang disewa.

Naya dikatakan menyewa bot tersebut sekitar jam 1 petang sebelum Josey ditemukan di atas bot itu 3 jam kemudian.

Menurut laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik itu namun Naya tidak naik semula ke atas bot.

Mayat Naya kemudian ditemui terapung di tasik berkenaan pada Selasa iaitu 5 hari selepas dilaporkan hilang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]