1 maut, 8 cedera dalam tembakan di AS

Polis mengepung tempat kejadian di kawasan Columbia Heights, Washington. (Gambar Bernama)

WASHINGTON: Seorang maut dan sekurang-kurangnya 8 cedera dalam insiden tembakan di barat laut Washington, lapor agensi berita Sputnik.

“Kelihatan seperti 9 orang dikatakan maut…Kami masih menunggu pengesahan mengenai jumlah sebenar,” kata seorang jurucakap polis pada Ahad.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera ialah orang dewasa dengan seorang daripadanya meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Washington, Peter Newsham berkata pihaknya sedang meneliti kamera pengawasan untuk mencari bukti membantu siasatan.

Polis sedang memburu 3 lelaki Afrika-Amerika yang dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden berlaku pada petang Ahad di 14th Street dan Spring Road NW, di kawasan Columbia Heights di Washington.