Tag kuarantin tidak boleh buka sesuka hati, boleh dipenjara 2 tahun!

Pemakai tag kuarantin tertakluk dibawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).

Sejak 2, 3 hari ini kecoh di media sosial apabila mereka yang sepatutnya kuarantin diri selepas pulang dari luar negara di rumah namun melanggar arahan itu.

Ia mencetuskan kecaman dan kritikan ramai pihak kerana pemakai tag tersebut dilarang sama sekali untuk keluar dan perlu berada di rumah dalam tempoh 14 hari.

Melihatkan kepada isu yang semakin panas ini, PQ Community di Facebook ada berkongsi mengenai “Tag Kuarantin” tersebut dan apa yang masyarakat boleh lakukan sekiranya ternampak pemakai berada di luar.

Ini antara perkara penting yang perlu anda tahu.

Tag berwarna pink dipakaikan kepada orang dewasa yang berada dalam tempoh kuarantin (PUS) Covid-19 manakala warna putih untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun ada negeri yang menggunakan tag berwarna biru untuk lelaki dewasa dan pink bagi wanita dewasa.

Pemakai tag ini tidak dibenarkan keluar dari rumah selama 14 hari atau sehingga tempoh kuarantin tamat.

Bagaimanapun tidak dinafikan ada antara golongan ini yang ingkar dengan arahan yang diberikan dan keluar dalam tempoh mereka perlu kuarantin.

Ini antara perkara yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan jika ternampak si pemakai tag kuarantin ini

Untuk pengetahuan anda, pemakai tag ini tertakluk dibawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).

Sekiranya mereka gagal patuhi syarat-syarat yang ditetapkan, ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 22 akta 342 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 24 akta 342 yang mana memperuntukkan denda dan juga penjara sehingga 2 tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]