Gempa 6.6 gegar Tibet

(Gambar Reuters)

LHASA: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat 8 pagi Khamis selepas gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter menggegar Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, lapor agensi berita Xinhua.

Gempa itu melanda daerah Nyima pada 4.07 pagi, Khamis, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

Pusat gempa pada 33.19 darjah utara dan 86.81 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, telekomunikasi, bekalan elektrik dan air tidak mengalami gangguan. Pusat gempa kurang 20 kilometer dari Rongmar Township.