Ikan gergasi naik darat cetus tanda tanya gempa bumi akan berlaku?

Penemuan ikan dari laut dalam itu dikaitkan dengan teori ancaman gempa bumi.

Penemuan seekor ikan gergasi dari dalam laut di persisiran pantai Mexico dikaitkan dengan petanda gempa bumi bakal berlaku.

Ikan aneh yang mempunyai kepanjangan 4m ditemui seorang jurutera akuakultur, Fernando Cavalin bersama rakannya, David de Zabedrosky.

Menerusi foto yang tular, mereka berdua dilihat memegang ikan yang sudah mati dan sedikit mereput itu di kawasan air cetek.

Penemuan ikan dari laut dalam itu terus dikaitkan dengan teori ancaman gempa bumi atau banjir besar yang akan berlaku.

Kejadian yang sama pernah berlaku pada 2011 di mana ikan yang dari laut dalam ditemui terdampar di kawasan pantai, beberapa hari sebelum kejadian gempa bumi melanda Fukushima.

Bagaimanapun, saintis masih lagi mengkaji penemuan ikan berkenaan dan tiada amaran gempa bumi dikeluarkan buat masa ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]