Covid-19: Vietnam kembali berjaga-jaga

Seorang penunggang motosikal melewati poster yang meminta penduduk menjaga kesihatan di Hanoi pada April. (Gambar AP)

HANOI: Vietnam kembali berjaga-jaga terhadap ancaman Covid-19 pada Sabtu apabila pegawai perubatan di pusat bandar Danang mengesan penyebaran kes tempatan pertama selepas 3 bulan.

Negara Asia Tenggara ini merekodkan kesCovid-19 yang sangat rendah, iaitu 415 dan dilaporkan tidak ada jangkitan tempatan dalam tempoh 100 hari, susulan langkah kuarantin ketat dan program pengujian yang agresif serta meluas.

Vietnam juga dilaporkan tidak mencatatkan sebarang kematian akibat virus itu.

Namun pada Jumaat, Kementerian Kesihatan berkata, seorang lelaki berusia 57 tahun dari Danang, yang merupakan lokasi tumpuan pelancong, disahkan positif virus itu menyebabkan pengasingan 50 kontak rapat dengannya.

Kementerian itu menyatakan 103 orang yang berhubungan dengan pesakit itu menjalani ujian, tetapi semua didapati negatif.

Kerajaan berkata, pada Sabtu ujian baru mengesahkan lelaki itu dijangki, menjadikan jumlah kes Covid-19 di Vietnam kini sebanyak 416.

Tidak dinyatakan bagaimana lelaki itu dijangkiti, tetapi beliau tidak meninggalkan Danang selama hampir sebulan dan pada mulanya disahkan menghidap radang paru-paru.

Kes ini berlaku ketika Vietnam hendak menyambung semula penerbangan komersial antarabangsa dan pelancongan domestiknya mula meningkat.

Pada Jumaat, pihak berkuasa di ibu negara, Hanoi, mencadangkan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam kerana indeks penanda aras VN Vietnam ditutup pada 3.22%.

Larangan Vietnam ke atas penerbangan komersial antarabangsa masih berkuat kuasa, tetapi pakar dan pekerja mahir asing dibenarkan masuk dengan syarat mereka menjalani kuarantin wajib berpusat.

Daripada hampir 150 kes yang dilaporkan dalam 3 bulan, semuanya adalah kes import daripada individu yang dikuarantin ketika ketibaan.

Awal minggu ini, Vietnam berkata, ia akan membawa pulang kira-kira 130 warganya yang dijangkiti virus itu dari Equatorial Guinea.

Pada Mac, Danang melaporkan 6 kes tempatan apabila kapal pengangkut Amerika Syarikat Theodore Roosevelt, yang dilaporkan mempunyai kes positif Covid-19, melakukan lawatan ke pelabuhan negara itu.

Namun, tiada pengesahan bahawa 6 kes itu dikaitkan dengan kapal berkenaan.