Pasangan berusia 80 tahun jadi model pakaian dobi terpakai

Wanji dan Xiue, pasangan sudah berusia lebih dari 80 tahun yang menarik perhatian netizen.

Idea kreatif daripada cucu-cucunya yang tidak mahu datuk dan nenek mereka kebosanan sepanjang mengendalikan kedai dobi, sepasang suami isteri warga emas disuruh menjadi model pakaian terpakai.

Warga emas Taiwan berusia 80 tahun itu berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik aksi mencuit hati mereka yang menggayakan pakaian terpakai di kedai dobi miliknya.

Mereka adalah Wanji yang berusia 83 tahun dan isterinya, Xiue, 84 tahun.

Kini mereka lebih gembira kerana dapat mengisi masa lapang sambil menguruskan perniagaan kedai cuci pakaian bernama Wanxiu Laundry, di Taiwan.

Berdasarkan laporan portal Liputan6.Com, ketika menguruskan kedai dobi itu, mereka berdua juga mengumpul pakaian yang tidak dituntut pelanggan.

Pakaian-pakaian itu dikumpul lebih kurang 10 tahun sejak kedai dobi itu dibuka.

Mereka berharap agar semua orang tahu bahawa usia bukan halangan untuk tampil bergaya.

Malah pakaian lama masih boleh berubah menjadi pakaian yang bergaya.

Sementara itu, foto-foto aksi peragaan pasangan itu dikongsi oleh cucu-cucu mereka dalam laman Instagram @wantshowasyoung, sekali gus telah mencuri perhatian netizen yang menyokong hasil kerja tersebut.

Pasangan berusia 80 tahun ini memakai pakaian lama yang berjaya mencuri perhatian netizen.

Rata-rata netizen melihat pasangan tua itu kelihatan begitu secocok dan harmoni bersama.

Ternyata pakaian yang masih cantik digayakan itu mengubah penampilan datuk dan nenek ini.

Oleh itu, hasil daripada idea ini menjadikan Wanji dan Xiue lebih bersemangat menguruskan perniagaan mereka.

Pasangan Taiwan ini berkongsi gambar mereka menggunakan pakaian dobi yang tidak diambil oleh pelanggan mereka lagi.

Tambahan pula fesyen yang digayakan itu boleh juga menjadi inspirasi buat anak-anak muda.

Hasil muat naik dalam laman Instagram, akaun pasangan itu sudah mempunyai lebih daripada 70,000 pengikut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]