Covid-19: AS catat lebih 55,000 kes dalam 24 jam

Pekerja kesihatan menyediakan sampel ujian Covid-19 di pusat ujian di Miami pada Khamis. (Gambar AP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mencatatkan 55,187 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Universiti Johns Hopkins berdasarkan kiraannya.

Negara paling teruk terjejas akibat wabak itu kini mencatatkan jumlah keseluruhan kes 4,229,624, menurut laporan universiti berpusat di Baltimore itu pada pukul 8.30 malam.

Jumlah kematian meningkat kepada 518 menjadikan keseluruhannya 146,909.

Selepas kadar jangkitan menurun pada musim bunga lalu, AS menyaksikan lonjakan kes Covid-19 baru baru ini, terutama di negeri bahagian selatan dan barat seperti California, Texas, Alabama dan Florida.

Kali terakhir jumlah kes baru harian dicatatkan bawah 60,000 adalah hampir 2 minggu lalu, pada 13 Julai.

Saintis bersetuju peningkatan kadar kematian susulan lonjakan jangkitan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.

Jumlah kematian setiap hari dalam tempoh 4 hari melebihi 1,000 orang.