Kawalan perjalanan antara zon di Sarawak lulus

PUTRAJAYA: Kerajaan persekutuan hari ini meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di negeri itu.

Zon 1 meliputi Bahagian Kuching, Serian, dan Samarahan; dan Zon 2 meliputi Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri, dan Limbang.

Zon 1 kini di tahap kuning atau merah, manakala Zon 2 di tahap hijau.

Kawalan ini berkuatkuasa 1 hingga 14 Ogos.

“Mana-mana individu yang ingin terlebih dahulu bergerak antara zon hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak polis, manakala pergerakan dalam zon dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah, dan Labuan ke Sarawak akan dikurangkan dalam tempoh yang sama.