Tangan peluh berlebihan tanda hidap Hiperhidrosis, ketahui cara rawatnya

Tangan peluh berlebihan tanda hidap Hiperhidrosis.

Tangan yang selalu berpeluh ini mesti “annoying” dan tak selesa kan?

Apa tidaknya ia kadang-kadang membuatkan kita kurang berkeyakinan dan apabila hendak pegang barang semuanya akan jadi mudah tergelincir.

Jika anda ada masalah seperti ini, anda mungkin mengalami masalah Hiperhidrosis iaitu peluh berlebihan iaitu keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan.

Tempat yang selalu berpeluh ni adalah tapak tangan, kaki dan ketiak.

Masalah ini sebenarnya ada beberapa faktor iaitu faktor keturunan.

Menurut portal MyHEALTH, walaupun masalah ini tidak ada kaitan dengan kematian tetapi kalau berlanjutan ia boleh memberi kesan yang jelas kepada kualiti hidup pesakit yang mengalaminya.

Macam mana nak merawat masalah ini?

Jika anda hendak buat rawatan awal yang kurang invasive. Antaranya:

  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat
  • Memakai bedak selepas mandi
  • Memakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan perlu ditukar setiap hari
  • Mendedahkan bahagian kaki sekerap yang mungkin untuk pengudaraan
  • Tangan peluh berlebihan tanda hidap hiperhidrosis, ini cara rawatnya

Tapi, kalau masalah ini terus berlanjutan dan memerlukan rawatan yang lebih kompleks, sebaiknya anda berjumpa lah dengan mereka yang pakar dalam bidang ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]