Kes positif Covid-19 di Indonesia cecah 102,051 dan 4,901 kematian

Kakitangan kesihatan mengambil sampel darah seorang penumpang kereta api jarak jauh untuk ujian saringan Covid-19 di Stesen Keretapi Senen di Jakarta, Indonesia semalam. (Gambar AP)

JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 102,051 kes, dengan jumlah kematian keseluruhan kini 4,901 orang.

Berdasarkan data terkini di laman rasmi kerajaan Indonesia www.covid19.go.id, seramai 46,648 pesakit masih dalam pemantauan.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, 63 kematian dicatatkan daripada 1,748 kes baru.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kes positif tertinggi, iaitu 21,125 kes, diikuti Jakarta (19,995) dan baki di 32 wilayah lain.

Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 1,630 orang, diikuti Jakarta (784), Jawa Tengah (582), Sulawesi Selatan (311) dan selebihnya di wilayah lain.