Tip hilangkan masalah bau mulut dan penjagaan betul

Selain mempunyai penampilan yang menarik senyuman dengan gigi yang bersih dan cantik juga memainkan peranan penting bagi seseorang.

Ini kerana daripada kebersihan gigi yang putih sudah pasti ia juga menampilkan seseorang itu tidak mempunyai masalah mulut berbau.

Berdasarkan perkongsian doktor gigi, Dr. Ezani Farhana Md Monoto yang juga merupakan juara Master Chef Malaysia musim pertama, selain memiliki daya tarikan yang menarik dengan senyuman kebersihan juga aspek penting untuk dititik beratkan.

Sehubungan itu, sebagai seorang doktor gigi beliau berkongsi cara penjagaan yang betul agar kekal sihat dan cantik.

  1. Ramai yang memberus gigi dengan cara yang salah. Sebaiknya memberus gigi hingga ke gusi kerana di situ terdapat banyak bakteria dan plague’.
  2. Kita sering memberus gigi tetapi kita terlupa betapa pentingnya flossing’. Floss membantu mengeluarkan sisa makan yang tersangkut di celahan gigi. Sisa makan yang tersangkut membuatkan gigi mudah berlubang.
  3. Jangan gunakan berus yang keras kerana ia akan menyebabkan kesan luka pada gusi. Gunakan berus yang lembut supaya ia dapat mencapai setiap celahan gigi.
  4. Jangan terpengaruh dengan rawatan rawatan murah seperti dilihat dilaman sosial.
  5. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida sebagai pelindungan.
  6. Apabila kita memberus gigi pastikan kita bersihkan lidah dan juga lelangit.

Selepas mengetahui tip yang diberikan ini pastikan anda mengikut penjagaan gigi yang diberikan demi kesihatan mulut dan gigi yang baik.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]